Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

25 Januari 2014 : Sinar harian :Hanya mampu laung Allahuakbar

SABAK BERNAM – Seorang peniaga sayur nyaris maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya melambung lalu terbabas sebelum terhumban ke dalam cerun bukit di Jalan Parit 4 di sini, pagi semalam.

Mangsa, Badrulrazi Nawari, 61, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, dia dalam perjalanan untuk keluar berniaga dari rumahnya di Sungai Leman menuju ke Pasar Pagi Jumaat di Parit 13 Sungai Panjang.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di selekoh Parit 4, kenderaannya itu gagal dikawal dan terus melanggar bonggol sebelum terbabas dan merempuh pengadang sebelah kanan jalan terbabit.

“Kejadian berlaku dalam sekelip mata dan ketika itu, saya hanya mampu laung Allahuakbar agar semuanya selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Badrulrazi memberitahu, semasa kejadian itu, dia hanya mengawal stereng dan tidak menekan brek kerana bimbang jika kenderaannya itu akan berpusing atau terbalik secara tiba-tiba menyebabkan kemalangan menjadi lebih serius.

“Kalau saya tekan brek, mungkin nyawa saya akan melayang, jadi saya lepaskan pedal minyak dan biarkan saja kereta bergerak sendiri sebelum terhumban ke dalam cerun.

“Saya tergamam dan hanya keluar beberapa minit melalui pintu sebelah kiri kereta,” katanya yang hanya mengalami kesakitan di bahagian tangan kanannya sahaja.

Menurutnya, dia cuba meminta bantuan orang awam setelah naik semula ke bukit, namun hampa apabila kebanyakan kenderaan yang melalui jalan itu tidak mahu berhenti kerana bimbang keselamatan disebabkan keadaan ketika itu gelap.

Kemaskini pada 2014-02-03 14:31:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page