Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

11 Februari 2014 : Sinar Harian : 'Mereka tutup periuk nasi kami!'

TANJONG KARANG - Lambakan pendatang asing menimbulkan keresahan penduduk setempat terutamanya petani di Kampung Sungai Yu, di sini apabila mereka didakwa ‘kacau’ periuk nasi sehingga menjejaskan pendapatan.

Lebih membimbangkan, jumlah kehadiran mereka yang sebahagian sahaja menggunakan permit pekerja ladang itu semakin hari semakin ramai seolah-olah kampung itu menjadi port mereka berkampung dan menjalankan kegiatan pertanian seperti petani tempatan.

Petani, Masjen Darus, 44, berkata, kehadiran pendatang asing warganegara itu memberi kesan kepada petani setempat apabila cuba menjual hasil sama seperti yang diusahakan penduduk.
Akibatnya menurutnya, tumpuan peraih yang datang ke kampung ini dilihat lebih suka membeli hasil daripada pendatang asing itu kerana sanggup menjual harga yang lebih murah memandangkan hasilnya tidak berkualiti.

“Keadaan itu menyebabkan peraih pun sanggup mengenakan harga yang rendah terhadap petani tempatan sedangkan sebelum ini harga yang ditawarkan berpatutan setimpal dengan kualiti hasil.

“Walaupun hasil petani tempatan lebih berkualiti, namun kami cukup berang apabila peraih dan orang tengah ini cuba ‘main’ harga seolah-olah mempermainkan hati dan perasaan kami.

“Malah sekarang ini hasil petani setempat seolah-olah disekat apabila peraih lebih tertumpu dengan hasil tani pendatang asing yang dijual secara pukal,” katanya yang sudah mengusahakan tanaman sayuran dan buah-buahan lebih 10 tahun.


Kemaskini pada 2014-02-19 12:28:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page