Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

4 Mac 2014 : 16,383 kes denggi dilaporkan di seluruh negara

PUTRAJAYA - Sebanyak 16,383 kes denggi dilapor di seluruh negara bagi dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari dan Februari berbanding 3,937 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pada minggu lepas sebanyak 2,468 kes dilaporkan, berlaku peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,265 kes.

"Terdapat tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 133 kes, Negeri Sembilan (86), Perak (21), Sabah (11), Melaka (7), Kelantan (5) dan Sarawak (4)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh 16 Feb hingga 22 Feb, sebanyak empat kematian dilaporkan berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membabitkan dua wanita yang masing-masing berumur 34 dan 37 tahun serta dua lelaki yang berusia 21 dan 35 tahun.

"Pada minggu lepas, sebanyak 580 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12 negeri iaitu membabitkan (354) kawasan panas di Selangor, Negeri Sembilan (66), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (48).

"Johor (30), Perak (25), Kelantan (23), Melaka (17), Sarawak (8), Pulau Pinang (4), Pahang (3) dan masing-masing satu lokaliti di Terengganu dan Sabah," katanya.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata kementerian mencatat sebanyak 110 lokaliti kawasan panas di Selangor dan Negeri Sembilan yang melibatkan lima daerah iaitu Petaling (46), Hulu Langat (39), Seremban (15), Gombak (6) dan empat kawasan di Klang.

Beliau berkata buat masa ini masih terdapat beberapa lokaliti wabak tidak terkawal di beberapa kawasan di seluruh negara antaranya Selangor (43), Negeri Sembilan (14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4), Melaka dan Sarawak masing-masing (1).  - Bernama

Kemaskini pada 2014-03-04 08:20:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page