Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

07 Julai 2014 : Siasat kes hina Nabi di FB

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam bagi menyatakan bantahan terhadap seorang lelaki yang menghina agama Islam di dalam laman sosial, Facebook.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, laman sosial dipercayai milik David Orok itu menghina Nabi Muhammad SAW.

“Ini adalah satu kenyataan yang sangat biadap,” katanya ketika ditemui media di IPD Shah Alam, semalam.

Beliau mempersoalkan tindakan demikian yang didapati sengaja mencabar rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Kata Abu Bakar, kenyataan yang dikeluarkan itu  boleh menjejaskan keharmonian yang sudah dikecapi di negara ini.

“Saya minta sesiapa yang tidak cukup ilmu dalam agama Islam supaya tidak memberikan pendapat atau kenyataan. Ia boleh membangkitkan kemarahan umat Islam,” katanya.

Menjawab pertanyaan wartawan yang mengatakan David sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook, Abu Bakar berkata, tindakan tegas perlu dikenakan walaupun sudah meminta maaf.

Abu Bakar berkata, sudah ramai individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam sebelum ini dan tindakan segera perlu diambil.

Kemaskini pada 2014-07-07 11:29:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page