Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

07 Julai 2014 : Jangan percaya kena tukar MyKad untuk beli petrol

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihati agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu mengenai arahan penukaran MyKad baharu untuk melayakkan pembelian petrol dengan harga subsidi.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, JPN menafikan ada mengeluarkan arahan berkenaan.    

"Kenyataan palsu itu yang meminta orang ramai menukar MyKad baharu telah disebarkan kepada orang ramai sejak akhir-akhir ini menerusi khidmat pesanan ringkas (sms), aplikasi WhatsApp dan Facebook," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dan mendapatkan maklumat yang betul dengan menghubungi JPN di talian 03-80008000 atau melayari laman web JPN di http://www.jpn.gov.my/. - Bernama

Kemaskini pada 2014-07-07 15:13:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page