Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

09 Julai 2014 : Tak mengaku tuduhan membunuh

  • Kedua-dua tertuduh diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi menjalani prosiding perbicaraan.Kedua-dua tertuduh diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi menjalani prosiding perbicaraan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM - Dua pekerja kontrak mengaku tidak bersalah bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terlentang di dalam sebuah parit di Jalan Haji Omar Kampung Banting, Sabak Bernam, 23 Jun lalu.

Tertuduh pertama, Jaafar Ngamil, 41, dan tertuduh kedua, seorang remaja berusia 18 tahun memberi pengakuan tersebut di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim, semalam.

Mahkamah menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik.

Jaafar diarah ke Penjara Sungai Buloh, sementara tertuduh kedua dibawa ke Penjara Kajang kerana masih di bawah umur.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor mengendalikan pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian 3 Julai lalu melaporkan, polis menahan seorang isteri dan teman lelakinya serta seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tukang elektrik, Jamingan Hambali, 44, yang ditemui mati di dalam parit Jalan Haji Omar Kampung Banting, Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, isteri mangsa berusia 35 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada kira-kira jam 6.10 petang, tiga hari selepas penemuan mayat suaminya.

Menurutnya, teman lelaki wanita itu, berusia 41 tahun, terlebih dahulu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang sementara anak saudara lelaki itu, berusia 18 tahun, turut ditahan di Tanjong Nayan, Hutan Melintang, Perak.

Beliau berkata, penahanan isteri mangsa dilakukan selepas wanita itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan suspek sejak tiga tahun lalu.

“Mangsa yang mengetahui hubungan isterinya bersama suspek tidak berpuas hati. Suspek dan mangsa dipercayai membuat temu janji untuk berjumpa bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata, sehari sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya dan mengikut suspek serta anak saudara suspek menaiki sebuah kereta Proton Saga milik suspek utama berkenaan.

“Mangsa yang menaiki kereta itu dipercayai berada di tempat duduk penumpang hadapan, manakala suspek berada di tempat duduk penumpang belakang sementara anak saudara suspek memandu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai keesokannya dalam keadaan terlentang oleh anaknya di dalam parit yang terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya sewaktu ingin ke sebuah kedai berhampiran.


Kemaskini pada 2014-07-10 10:13:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page