Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

11 Julai 2014 : Jakim seru umat Islam solat hajat demi Palestin

  • Jakim
< 1 / 1 >

SHAH ALAM - Pada saat kita menyambut bulan Ramadan penuh berkat, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan apabila masyarakat Palestin di Gaza kehilangan nyawa dek kekejaman tentera Israel.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, sehubungan itu pihaknya  menyeru kepada semua pentadbir masjid dan surau seluruh Malaysia serta seluruh umat Islam bersama-sama mengadakan solat hajat dan berdoa agar bumi Gaza dan umat Islam Palestin dilindungi daripada tentera penceroboh Israel.

"Semoga dengan usaha kita ini mampu meredakan konflik dan ketegangan yang berlaku seterusnya membawa kepada penyelesaian yang terbaik.

"Justeru, marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah agar umat Islam di Palestin diberikan kekuatan, kemenangan, ketabahan dan perlindungan," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dalam masa yang sama, kata  Othman lagi Jakim akan mengarahkan semua tiga  masjid utama di bawah Jakim serta seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk melancarkan tabung khas kutipan derma bagi membantu mangsa Palestin.

"Kutipan derma tersebut akan dilaksanakan secara menyeluruh di masjid-masjid utama di bawah seliaan Jakim dan Jawi pada esok iaitu 11 Julai 2014 (Jumaat).

"Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberikan sumbangan kepada masjid-masjid yang berkaitan," katanya.


Kemaskini pada 2014-07-11 11:55:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page