Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

16 Julai 2014 : Isu sejadah gambar makhluk

  • Laporan Sinar Harian 13 Julai lalu.Laporan Sinar Harian 13 Julai lalu.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya akan menjalankan siasatan mengenai isu sejadah yang mengandungi gambar makhluk di surau dan masjid selepas menerima laporan mengenainya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, sehingga kini, Jais masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

Menurutnya, jika ada laporan diterima, Unit Penguatkuasaan Jais akan membuat tindakan dan menyiasat dakwaan itu seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Setakat ini, tiada aduan yang disampaikan kepada Jais dan akan tunggu aduan bagi membolehkan pihak penguatkuasaan Jais menyiasat dakwaan ini,” katanya.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, pihak yang mendakwa sejadah terbabit mengandungi gambar makhluk diminta tampil untuk membuat laporan kepada Jais agar siasatan mengenainya dapat dijalankan segera.

Sementara itu, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan meneliti perkara itu bagi melihat kesahihan seperti yang didakwa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Sabak Bernam.

Sinar Harian 13 Julai lalu melaporkan, Perkim Daerah Sabak Bernam meminta Jais mengenal pasti sejadah yang mengandungi gambar makhluk di surau dan masjid disimpan atau dibakar agar tidak digunakan jemaah ketika menunaikan solat.

Pengerusi Unit Penggunanya, Md Nasa Md Yatimi berkata, hasil pemerhatian Perkim di kebanyakan masjid dan surau di daerah itu mendapati, terdapat pelbagai gambar makhluk seperti menyerupai manusia, patung dan haiwan pada sejadah digunakan secara berleluasa.

Menurutnya, Jais seharusnya mengeluarkan satu garis panduan kepada umat Islam berhubung perkara itu bagi memastikan sejadah yang digunakan di surau dan masjid termasuk di setiap rumah tidak mengandungi unsur pemujaan terhadap makhluk lain selain daripada ALLAH.


Kemaskini pada 2014-07-16 14:56:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page