Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

22 Julai 2014 : Padah niaga tanpa kebenaran

  • Sebahagian anggota penguatkuasa MDSB menjalankan operasi merampas khemah terbabitSebahagian anggota penguatkuasa MDSB menjalankan operasi merampas khemah terbabit
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merampas beberapa peralatan dan barang sebuah gerai ekspo raya yang didapati berniaga tanpa kebenaran di luar Stadium Sungai Besar di sini, pagi semalam.

Penolong Pegawai Penerangannya, Noraini Ahmad berkata, operasi membuka kanopi dan merampas barang perniagaan itu bermula jam 8.50 pagi diketuai oleh Pembantu Penguatkuasa Kanan, S Bragasam bersama 22 anggota penguatkuasa yang lain.

Menurutnya, MDSB sebelum ini mengeluarkan notis arahan malam Sabtu lalu kepada pemilik premis terbabit supaya membuka khemah haram keesokannya (Ahad), tetapi sehingga pagi Isnin, pemilik terbabit masih tidak berbuat sepertimana yang diarahkan.

“Kami menjalankan operasi Sabtu lalu di gerai terbabit mendapati pemilik berusia berusia 20 tahun itu menjalankan perniagaannya tanpa kebenaran MDSB dan mengarahkannya supaya membuka khemah terbabit semalam (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian.

Noraini berkata, dalam operasi itu, beberapa peralatan dan barang perniagaan gerai itu terpaksa dirampas berikutan keengganan pemilik terbabit mematuhi arahan yang dikeluarkan MDSB sebelum ini.

“Antara barang yang dirampas adalah khemah dan lampu panjang (masing-masing seunit) termasuk peralatan memasak dan keperluan lain untuk berniaga,”

Beliau berkata, tindakan itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MDSB 2007 yang boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1,000.

Dalam pada itu, katanya, MDSB memberi amaran tegas kepada mana-mana peniaga supaya tidak berniaga secara haram, sebaliknya perlu memohon kebenaran terlebih dahulu sekiranya ingin berniaga di mana-mana kawasan di bawah pentadbiran MDSB.

“Unit penguatkuasa MDSB akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat kebenaran yang ditetapkan,” katanya.


Kemaskini pada 2014-07-23 09:13:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page