Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

24 Julai 2014 : Pembinaan 'Rumah Selangorku' Oktober ini

SHAH ALAM - Kerja menanam cerucuk bagi projek perumahan mampu milik 'Rumah Selangorku' yang pertama dibina kerajaan negeri Selangor di Sungai Sering, Hulu Klang, dijadual bermula awal Oktober ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek itu telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperoleh pada Ogos ini.

Beliau berkata projek perumahan itu menerima peruntukan kerajaan negeri menggunakan wang rezab negeri sebanyak RM100 juta yang dijadikan modal pusingan.

"Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata projek itu merupakan perintis Rumah Selangorku yang mana kerajaan negeri merancang untuk membina lebih banyak projek rumah mampu milik seumpama ini di daerah-daerah lain.

Beliau berkata Rumah Selangorku dibangunkan atas tanah seluas 13.2 hektar (33 ekar) milik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan menawarkan dua pilihan keluasan iaitu 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Katanya, pembinaan Rumah Selangorku ini mengguna pakai kaedah Industrial Building System (Pre-Fabricated–IBS) atau pasang siap bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.

Abdul Khalid berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diberi tanggungjawab menyelia projek ini manakala syarikat Eco World UK Sdn Bhd telah dilantik sebagai pemaju berdasarkan pengalaman luas syarikat tersebut dalam projek perumahan terutama projek rumah mampu milik mengguna pakai konsep IBS.

"Projek ini antara usaha dan komitmen kerajaan Selangor untuk menyediakan perumahan kepada semua rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Pada masa sama, anak syarikat kerajaan Negeri Selangor seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) meneruskan tanggungjawab sosial untuk membina rumah mampu milik," katanya. - Bernama
 

Kemaskini pada 2014-07-25 11:48:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page