Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

06 Ogos 2014 : Parit dipenuhi sisa buangan

  • Wan Muhammad menunjukkan keadaan parit utama di Sungai Besar yang dipenuhi sampah.Wan Muhammad menunjukkan keadaan parit utama di Sungai Besar yang dipenuhi sampah.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa supaya menjalankan kerja penyelenggaraan parit di sepanjang jalan utama Sekinchan-Sabak Bernam, di sini berikutan keadaannya terlalu kotor dengan bahan sisa buangan.

Penduduk, Wan Muhammad Irham Wan Abdul Aziz, 21, berkata, kerja penyelenggaraan perlu dilakukan segera bagi memastikan sistem perparitan itu dapat berfungsi dengan baik bagi menangani masalah takungan tersumbat.

Menurutnya, hasil pemerhatiannya di sepanjang parit utama itu mendapati terdapat banyak longgokan sampah-sarap yang menyukarkan pengaliran air dengan lancar hingga menyebabkan air mudah bertakung terutama jika musim hujan.

“JPS perlu menyelenggarakan parit ini kerana ia tersumbat sejak sekian lama dan berharap agar pihak terbabit memantau perkara ini bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga berhampiran parit utama,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Muhammad berkata, masalah sistem perparitan yang tidak diurus dengan baik itu hanya mengundang bau busuk dan dikhuatiri boleh membawa penyakit seperti demam denggi dan sebagainya.

“Bau parit ini bukan saja meloyakan tekak bagi mereka yang tinggal berhampiran, tapi kita juga bimbang kawasan takungan ini menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus memberi kesan kepada masalah kesihatan penduduk setempat,” katanya.

Sementara Saifullah Bintumin, 21, berkata, terdapat juga sikap pihak tidak bertanggungjawab yang didapati membuang sesuka hati sampah atau barang yang tidak boleh digunakan ke dalam parit tersebut.

“Misalnya, terdapat segelintir peniaga tayar kenderaan membuang tayar rosak ke dalam parit dan keadaan ini seharusnya dipantau dan dikenakan tindakan tegas agar mereka lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, pihak berwajib diminta lebih bertegas dalam hal itu bagi memastikan sistem perparitan terus dipulihara dengan baik agar ia dapat digunakan berterusan demi keselesaan pada masa depan.

“Tindakan penguatkuasaan dianggap jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini selain daripada kerjasama daripada semua masyarakat di samping peranan agensi kerajaan dalam menyelenggarakan sistem perparitan dengan lebih kerap,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-06 15:30:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page