Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

07 Ogos 2014 : Rumah terbuka boleh, tetapi sederhana: Adun

  • Suee Lim menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka di Kampung Tali Air 8, Sungai Leman Sekinchan.Suee Lim menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka di Kampung Tali Air 8, Sungai Leman Sekinchan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Meskipun menyokong penganjuran  aktiviti rumah terbuka, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan supaya ia diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan masing-masing agar tidak menimbulkan pembaziran.

Menurutnya, rumah terbuka yang dihadiri masyarakat berbilang kaum merupakan titik pertemuan yang penting kepada masyarakat majmuk di seluruh negara untuk mencapai erti perpaduan yang sebenar.

“Lebih baik penganjurannya sederhana tetapi mempunyai pengertian yang mendalam iaitu kita dapat menghimpunkan rangkaian kenalan dan sanak-saudara bagi mengeratkan lagi tali perhubungan.

“Kesempatan menghadiri rumah terbuka boleh dijadikan platform terbaik untuk mengenali budaya pelbagai kaum seperti sambutan Aidilfitri; Tahun Baru Cina; Deepavali dan Krismas.

“Inilah yang baiknya kerana perpaduan sekarang masih menjadi satu matlamat dalam perjuangan kita untuk mencapai perpaduan yang sebenar-benarnya dalam memastikan rakyat hidup secara harmoni,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu katanya, penduduk yang menghadiri majlis rumah terbuka dinasihatkan supaya makan secara sihat memandangkan risiko mengambil makanan berlebihan begitu tinggi sepanjang musim perayaan ini.

Menurut beliau, kesedaran berkaitan pemakanan sihat pada musim perayaan amat kurang dalam kalangan masyarakat hingga memberi implikasi tidak baik terhadap kesihatan mereka jika tidak dikawal dengan baik.

Menurutnya, makanan yang mengandungi lemak dan gula dalam kuantiti yang banyak seharusnya dikurangkan pengambilannya agar rakyat terus memperoleh kesihatan yang baik seterusnya menjamin kehidupan yang sempurna pada masa depan.

“Pelbagai jenis penyakit boleh berlaku pada hari raya jika pemakanan tidak dijaga seperti gangguan proses penghadaman; cirit-birit; gastrik; alahan; batuk; sembelit; buasir, kencing manis; darah tinggi dan sebagainya,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-08 09:55:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page