Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

11 Ogos 2014 : Bayi didera masih koma

  • Laporan Sinar Harian 9 Ogos lalu.Laporan Sinar Harian 9 Ogos lalu.
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Bayi berumur setahun dua bulan yang koma selepas mengalami pendarahan otak ketika dalam jagaan pengasuhnya, masih belum sedarkan diri sejak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bapa saudaranya, Mohd Helmi Zakaria, 23 berkata, keadaan Nurain Damia Mohd Naquudin  masih lagi kritikal sejak pembedahan mengeluarkan darah beku di otaknya dilakukan.

Menurutnya, doktor juga terpaksa menangguhkan proses imbasan bagi mengetahui tahap kecederaan di bahagian kepalanya berikutan keadaan Damia yang kritikal.

“Keadaannya sama seperti semalam, masih lagi koma. Pemeriksaan doktor hari ini (semalam) mengatakan garam dalam tubuh Damia berkurangan. Kemungkinan dapat dilakukan sebelah petang, jika keadaan mengizinkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu Ketua Polis Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, seorang pengasuh wanita ditahan reman empat hari sejak kelmarin sehingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan kes.

Menurutnya, semasa soal siasat, wanita itu mengaku pernah mengetuk kepala mangsa dengan jari tetapi ketukan itu sangat perlahan.

"Wanita terbabit, berusia lingkungan 30- ditahan selepas ibu bapa bayi menghantar anaknya ke Hospital Sungai Buloh dan membuat laporan polis, " katanya.

Wanita berkenaan ditahan reman mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan Nurain Damia berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa jatuh daripada sebuah kerusi di rumah pengasuhnya di Flora Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Namun, doktor yang merawat Nurain Damia memaklumkan kepada ibunya, Nor Ani Shafarina Sani, 22,  kecederaan anaknya kritikal dan perlu menjalani pembedahan segera untuk membuang darah beku di kepalanya.


Kemaskini pada 2014-08-11 12:20:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page