Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

20 Ogos 2014 : Tunai haji hadiah paling bernilai

  • Noriah bertanya sesuatu kepada Makbul pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Jemaah Haji Sungai Besar di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Simpang Lima.Noriah bertanya sesuatu kepada Makbul pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Jemaah Haji Sungai Besar di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Simpang Lima.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – “Ini hadiah paling bermakna dalam hidup saya, dah tentu saya harap dapat haji mabrur,” kata warga emas, Makbul Khalil, 94, dari Kampung Sungai Nibong yang memperoleh tajaan mengerjakan ibadah haji.

Makbul menerima tajaan daripada pelbagai pihak atas ikhtiar Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang berhasrat  membantunya mengerjakan rukun Islam kelima itu semasa mengadakan program jiwa murni di rumah terbabit.

Menurutnya, dia bercita-cita menjejakkan kaki ke Makkah, namun kurang berkemampuan, keinginan itu terpaksa ditangguhkan sementara sehingga wang simpanan mencukupi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana antara insan yang terpilih untuk mengerjakan ibadah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang bantu saya capai hasrat yang terpendam sejak sekian lama,” katanya.

Makbul berkata, dia juga sudah menjalani kursus persediaan ibadah haji dan tidak sabar mengerjakan ibadah itu yang sememangnya indah sepertimana yang digambarkan rakan-rakannya sebelum ini.

“Seronok dengar cerita kawan-kawan yang dah buat haji... sampai ada yang nak pergi lagi  buat umrah pula sebab rindu lambaian Kaabah,” katanya.

Sementara itu, Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, beliau terdetik membantu Makbul mengerjakan ibadah haji selepas menjalankan aktiviti gotong-royong di rumah warga emas itu.

“Dia tinggal bersendirian dan anak-anaknya pula tinggal berasingan. Saya bersama-sama Pusat Khidmat Ahli Parlimen (Sungai Besar) dan Skuad Sayang telah mengadakan program di rumahnya dan terdetik di hati untuk membantunya menunaikan ibadah haji,” katanya.

Katanya, beliau sendiri memohon kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) agar warga emas itu didaftarkan sebagai jemaah haji memandangkan umurnya menjangkau 100 tahun dalam tempoh enam tahun lagi.

Selain itu, katanya, beberapa imam dan pemimpin masyarakat di Parlimen itu turut disenaraikan untuk menerima koata khas mengerjakan haji di bawah Program Khas Haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Kemaskini pada 2014-08-22 11:25:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page