Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

13 Nov 2014 : Keunikan empat kolam berbuih

  • Mohd Razif (tengah) menunjukkan kawasan tanaman kelapa sawit yang menjadi laluan utama menuju ke Kolam Lubuk Pusing dinaiki air terutama pada musim tengkujuh.Mohd Razif (tengah) menunjukkan kawasan tanaman kelapa sawit yang menjadi laluan utama menuju ke Kolam Lubuk Pusing dinaiki air terutama pada musim tengkujuh.
< 1 / 2 >

SABAK BERNAM - Keunikan empat kolam yang terdapat di Kolam Lubuk Pusing perlu di naik taraf kerana berpotensi dijadikan destinasi pelancongan menarik di Selangor.

Keadaan semulajadi empat kolam yang berbuih-buih ini merupakan salah satu peninggalan sejarah kerana pernah menenggelamkan kapal dagangan dan banyak nyawa sebelum kedatangan era 50-an.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lubuk Pusing Bagan Terap, Mohd Razif Md Maini berkata, beberapa penambah baikkan perlu dibuat bagi memastikan kawasan itu tidak terus dipinggirkan.

Menurutnya, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menerusi peruntukan tahun melawat Selangor 2015 untuk membina jambatan konkrit atau jambatan gantung sepanjang 100 meter bagi menyeberang ke tempat lokasi kolam terbabit.

“Masalah utama untuk ke sana (Kolam Lubuk Pusing) adalah jalan utama sering banjir terutama jika musim tengkujuh. Keadaan ini menyebabkan kolam itu tidak boleh dilawati orang ramai,” katanya sambil memberitahu pembinaan jambatan itu diharap memudahkan pengunjung.

Mohd Razif berkata, kawasan tersebut berpotensi menarik kehadiran pelancong untuk mengenali lebih dekat sejarah misteri.

"Pada asalnya kolam terbabit adalah sebahagian daripada Sungai Bernam yang kini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur. Peristiwa sungai menjadi kampung sangat unik, ia seharusnya dijadikan bahan kajian pakar sejarah,” katanya.

Selain pembinaan jambatan,  permohonan peruntukan membina benteng untuk kolam terbabit turut dikemukakan.

“Kolam ini terletak di kawasan rendah dan mudah dinaiki air jika hujan berterusan. Jadi, dengan adanya benteng ia dapat menghalang kemasukan air ke kolam terbabit,” katanya.


Kemaskini pada 2014-11-13 14:44:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page