Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

12 Nov 2014 : Sanggup terjun parit

  • Sebahagian daripada penagih dadah ditahan polis pada Ops Pencegahan Jenayah IPD Sabak Bernam.Sebahagian daripada penagih dadah ditahan polis pada Ops Pencegahan Jenayah IPD Sabak Bernam.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM - Seorang penagih dadah sanggup terjun dalam parit di Bagan Nakhoda Omar bagi mengelakkan dicekup polis dalam  Ops Bersepadu Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas menyedari kehadiran polis di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit berjaya diberkas bersama 55 suspek lain yang turut ditahan dalam operasi sama yang dijalankan bermula dari jam 1 pagi hingga 12 tengahari Isnin lalu.

“Operasi terbabit tertumpu di empat kawasan di Bagan Sekinchan, Simpang Lima; Bagan Sungai Besar dan Pantai Sungai Limau,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 penagih dan seorang pengedar dadah termasuk dua wanita ditahan dalam operasi berkenaan.

Menurutnya,  dalam  operasi  itu juga polis mencekup seramai 34 pendatang tanpa izin (Pati) terdiri daripada 29 lelaki dan lima wanita.

Katanya, semua suspek ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yang sah dan Seksyen 15(1) (c) kerana tinggal lebih masa.

“Operasi yang dijalankan ini adalah bagi mengurangkan perasaan takut dalam kalangan masyarakat terhadap masalah sosial dan penagihan dadah yang dikhuatiri menjejaskan dan mengancam keselamatan penduduk sekitar.

“Operasi seumpama ini juga akan berterusan demi mengekalkan keharmonian masyarakat,” katanya.


Kemaskini pada 2014-11-13 14:50:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page