Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

02 DIs 2014 : PPZ-MAIWP dedah pentingnya zakat

  • Orang ramai yang hadir pada Program Mini Karnival Imarah Masjid di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, baru-baru ini.Orang ramai yang hadir pada Program Mini Karnival Imarah Masjid di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, baru-baru ini.
< 1 / 1 >

SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ - MAIWP) dengan kerjasama Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda dan Ramly Food Processing Sdn Bhd  menganjurkan Program Mini Karnival Imarah Masjid, baru-baru ini.

Program mini karnival itu bertujuan menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran di kalangan ahli qariah dan jemaah masjid berkenaan kewajipan dan fungsi zakat serta peranan PPZ-MAIWP.

Dalam ucapan penutupan program, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali berkata, masjid merupakan tempat beribadah bagi umat Islam dan lambang syiar Islam.

Menurutnya, fungsi masjid bukan hanya tertumpu untuk beribadah semata-mata tetapi juga sebagai pusat ilmu yang mampu menyatupadukan masyarakat dan ahli qariah.

"Masjid juga boleh dijadikan tempat bertukar pendapat, pusat ilmu serta mendidik masyarakat tentang kepentingan ilmu dan kesedaran mengimarah masjid," katanya.

Menyentuh mengenai program itu, katanya ia mampu menyebarluaskan dakwah zakat khususnya kepada ahli qariah dan jemaah masjid terhadap tuntutan kewajipan berzakat sekali gus memperkenalkan PPZ-MAIWP sebagai sebuah institusi kutipan zakat yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PPZ-MAIWP juga menyediakan pelbagai saluran bayaran bagi memudahkan umum termasuklah 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Pada Disember ini, kaunter-kaunter PPZ-MAIWP turut beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dan melaksanakan pelbagai kempen seperti Skuad Mesra Pembayar dan Sahabat Zakat yang mana PPZ-MAIWP telah pun berkolaborasi bersama pihak Touch n Go dalam menambah prospek zakat dan menjadi Sahabat Zakat ,"katanya.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah acara memanah, program Cinta Ilmu, Bicara Selebriti, Fiqh Ibadah, 3 Ustazah Berbicara dan Forum Perdana Khas.

Beberapa gerai turut dibuka antaranya kaunter Info PPZ, Kaunter Van Bergerak PPZ-MAIWP, kaunter jualan buku dan pemeriksaan kesihatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi).

Bagi mendapatkan maklumat mengenai zakat, pengiraan dan pertanyaan, boleh hubungi pusat panggilan zakat PPZ-MAIWP talian 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.


Kemaskini pada 2014-12-15 11:57:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page