Ahmad menunjukkan keadaan longkang tersumbat di belakang premis terbabit, Gambar kecil: Rahmat.
SABAK BERNAM – Peniaga dan pelanggan yang singgah di premis kedai makan di Jalan Tebedu Pekan Sabak Bernam di sini terpaksa menahan bau busuk sejak seminggu lalu gara-gara masalah longkang belakang premis terbabit tersumbat.
Seorang peniaga kedai makan, Rahmat Hamzah, 42, berkata, kira-kira 16 peniaga di situ terjejas akibat masalah terbabit malah rata-rata daripada pelanggan yang singgah di premisnya mengadu hilang selera makan.
Menurutnya, keadaan itu jika tidak diatasi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dikhuatiri menjejaskan rezeki peniaga kerana kekurangan pelanggan, apatah lagi kebanyakan mereka hanya bergantung kepada hasil perniagaan itu sebagai punca pendapatan.
“Masalah longkang tersumbat menyebabkan air kumbahan yang sepatutnya mengalir lancar ke sistem pembetungan, melimpah pada lantai belakang premis terbabit,” katanya.
Selain itu, peniaga juga bimbang dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan disebabkan keadaan belakang premis itu berbau busuk dan kotor.
Seorang pelanggan, Norhaniza Hamzah, 27, berkata, akibat keadaan air melimpah dan licin itu, dia pernah terjatuh di belakang premis terbabit, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.
“Saya sendiri pernah tersembam atas lantai belakang premis. Saya minta MDSB ambil serius aduan daripada pelanggan memandangkan saya difahamkan aduan telah dibuat oleh peniaga, tapi belum ada tindakan sewajarnya,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Ahmad Maarof, 64, berkata, dia antara pelanggan tetap di salah sebuah premis terbabit, namun kesal kerana sejak beberapa hari ini timbul bau kurang menyenangkan di tempat terbabit.
“MDSB seharusnya mengambil berat terhadap rungutan yang disuarakan oleh orang ramai kerana pendekatan sedemikian dapat memperkemaskan sistem pentadbiran.
“Tujuan kita bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa tetapi sikap saling tegur-menegur ini adakalanya perlu bagi memastikan masalah ini diatasi segera,” katanya.

Kemaskini pada 2014-12-18 15:27:52 daripada Administrator