Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

27 Dis 2014 : Bayi 10 bulan maut kemalangan

  • Kereta terbabit yang terlibat dalam kemalangan itu remuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.Kereta terbabit yang terlibat dalam kemalangan itu remuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
< 1 / 1 >

PASIR PANJANG – Seorang bayi berusia 10 bulan maut selepas kereta Toyota Corolla yang dinaiki bersama ibu dan bapanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Parit 11 di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Tan Yiu Qian, disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, manakala bapanya, Tan Ter Seng, 30 dan, ibunya, Lee Wan Hong, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kereta yang dipandu bapa mangsa dipercayai dari arah Klang ingin pulang ke rumah mereka di Batu 34 Jalan Sungai Burung, Sungai Besar.

“Bagaimanapun, sebuah lori dari Sabak Bernam menghala ke Klang didapati hilang kawalan kemudiannya terbabas dan masuk arah bertentangan sebelum merempuh kereta terbabit,” katanya.

Nor Azmi berkata, keadaan hujan lebat dan permukaan jalan licin ketika kejadian dipercayai antara punca lori terbabit hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh pembahagi batu jalan.

“Rempuan kuat itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa di dalam kereta terbabit tersepit dan pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bayi tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejam selepas itu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital terbabit mendapati mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan teruk pada bahagian kepala,” katanya.

Menurut beliau, pemandu lori yang berusia 33 tahun itu turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dijalankan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kemaskini pada 2014-12-30 11:46:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page