Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

31 Jan 2015 : Kenaikan elaun guru Kafa dipertimbang

BANGI - Kerajaan negeri akan membentangkan justifikasi kajian kenaikan elaun kepada guru Kafa di Selangor menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh terdekat.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kajian yang siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu termasuk cadangan penukaran status kepada kontrak serta mendapat imbuhan lebih baik di samping inisiatif-inisiatif lain.

“Kajian kenaikan elaun dan justifikasi lain itu siap diketuai Rektor Kolej Universiti Islam (Kuis), Datuk Prof Dr Ab Halim Tamuri dan kita akan bentangkan dalam MMKN seminggu dua ini,” katanya ketika ditemui selepas program Multaqa Imam, Jawatankuasa Masjid, Guru Kafa dan
Guru Takmir negeri Selangor 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Kuis, semalam.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian replika cek bernilai RM35.4 juta daripada pihak persekutuan diserahkan kepada wakil negeri, Ahmad Yunus oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, setakat ini, guru Kafa menerima elaun sebanyak RM1,300, manakala ketua guru pula RM1,500 tanpa ada insentif-insentif lain seperti perubatan, elaun lain dan sebagainya.

“Selain itu, dalam kajian itu kita turut mencadangkan penukaran kontrak pegawai penyelaras masjid daripada ‘for service’ kepada ‘of service’ dan perkara-perkara lain,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Yunus dalam ucapannya turut meminta perhatian kerajaan Pusat untuk permohonan penambahan 158 guru takmir untuk negeri Selangor.

Katanya, ini berikutan jumlah guru sedia ada seramai 142 orang tidak mencukupi bagi menampung pembelajaran bagi 400 buah masjid dan lebih 1,800 surau yang kini semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Kemaskini pada 2015-02-16 16:48:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page