Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

10 Feb 2015 : Buang sampah haram tepi jalan

  • Sebahagian sampah haram yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kawasan berkenaan.Sebahagian sampah haram yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kawasan berkenaan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Penduduk dan peniaga berhampiran Jalan Mohamad Sabak Bernam, di sini, kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap haram di tepi jalan itu hingga mengundang masalah pencemaran alam sekitar.

Meskipun Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meletakkan papan tanda amaran membuang sampah dan boleh dikenakan denda RM1,000, namun mereka terus berdegil tanpa menghiraukan arahan berkenaan.

Peniaga, Shah  Lope Salleh, 59, berkata, sampah sarap itu dipercayai dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan di sebalik pembuangan sisa pepejal terbabit.

“Walaupun saya akui MDSB ada menjalankan kerja kutipan sampah haram di tepi jalan ini, tapi boleh dikatakan ada saja sampah yang dilonggokkan bertaburan di jalan ini setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Shah berkata, tempat pembuangan sampah haram yang dipercayai sudah lama wujud itu juga sering didatangi sekumpulan anjing liar di kawasan itu menyebabkan sampah yang dikumpul diselongkar haiwan berkenaan.

“MDSB seharusnya menyediakan tong sampah bagi mengelakkan sampah terbabit dibiarkan bersepah-sepah di merata-rata tempat, apatah lagi apabila sampah dikutip terdapat sisa makanan yang masih tertinggal hingga menimbulkan bau kurang menyenangkan,” katanya.

Katanya, terdapat banyak tempat pembuangan sampah haram kecil-kecilan dikesan di sepanjang jalan itu dan meminta agar MDSB menjalankan tindakan segera bagi menangani masalah ini daripada terus berleluasa.

Penduduk, Rosilawati Ramli, 44, berkata, ketiadaan tong sampah di situ menyukarkan penduduk berhampiran kerana terpaksa membuang sampah  di lokasi yang dibenarkan pada jarak lebih jauh.

“Kami pun tak buang sampah di sini kerana tahu ia akan menimbulkan suasana tak selesa. Kalau boleh MDSB diminta menyediakan tong sampah di tepi jalan ini bagi mengurangkan pembuangan sampah di atas jalan,” katanya.

Pekerja swasta, Sably Harun, 34, pula berpendapat tong sampah tidak boleh diletakkan di tepi jalan itu kerana mengganggu aliran trafik terutama waktu puncak disebabkan jalan sedia ada itu sempit.

“Mungkin MDSB boleh cari satu kawasan lapang berhampiran untuk diletakkan tong sampah. Lori sampah tak sesuai berhenti di tepi jalan sempit ini kerana dikhuatiri menghalang pemandangan pengguna jalan raya lain,” katanya.


Kemaskini pada 2015-02-16 17:03:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page