Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

19 Mac 215 : Warga emas hidap penyakit kronik

  • Warga emas hidap penyakit kronikMohd Hisham (kanan) ketika melawat Aminah (tengah) dan anaknya, Anwar (dua, kiri) di rumahnya.
< 1 / 1 >
SEKENDI (SABAK BERNAM) – Seorang wanita warga emas yang menghidap pelbagai penyakit kronik hanya mampu terlantar di atas katil akibat tulang paha kanannya patah, selepas tergelincir di dapur rumah, Oktober tahun lalu.

Aminah Man, 71, berkata, sejak kejadian itu, dia tidak mampu bergerak seperti biasa, malah terpaksa menggunakan lampin pakai buang setiap hari.

Menurutnya, keadaan itu menyukarkan kehidupan seharian, apatah lagi anak bongsunya, Anwar Yusof, 48, yang tinggal bersamanya di Kampung Sekendi di sini, menghidap batuk kering.

“Nak harap anak pun tak boleh sebab dia sakit dan tak boleh kerja, jadi makcik kena tanggung derita ini seorang diri walaupun ada penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik,” katanya kepada Sinar Harian.

Aminah berkata, dia yang memiliki tiga cahaya mata tinggal berdua bersama anak bongsunya itu memandangkan suami keempat yang dikahwininya lima tahun lalu tinggal bersama anaknya di Klang.

“Masa awal perkahwinan dulu, makcik tinggal dengan suami di Sungai Samak, (Teluk Intan), tapi selepas dia (suami) tak sihat, anak tiri bawa suami makcik tinggal di Klang, manakala saya pula di rumah adik.

“Suami dan anak tiri ada  datang ziarah. Tapi disebabkan suami pun ada masalah kesihatan, jadi jaranglah dia datang ke sini,” katanya.

Katanya, walaupun kesempitan hidup, dia tidak menerima sebarang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagaimanapun mengakui menerima bantuan lampin pakai buang daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM100 sebulan sejak Januari lalu.

“Wang daripada LZS pun saya tak tuntut sejak dua bulan lepas kerana perlukan resit bayaran, sedangkan saya nak bergerak pun susah dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk ke mana-mana termasuk menjalani rawatan hemodialisis,” katanya.

Menurut Aminah, dalam keadaan keuzurannya itu, dia dan Pertubuhan Prihatin berkongsi bayaran upah RM30 sehari kepada seorang penjaga bagi menguruskan kehidupannya seharian.

“Saya dan Pertubuhan Prihatin masing-masing bayar RM15 kepada seorang penjaga pada sebelah pagi dan petang,” katanya yang hanya bergantung kepada wang persaraan RM500 sebulan daripada Jabatan Bekalan Air Selangor (kini diambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor).

Presiden Pertubuhan Prihatin Malaysia, Dr Mohd Hisham Surgi berkata, agensi kerajaan bertanggungjawab diminta menjalankan tindakan segera bagi membantu warga emas terbabit.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, LZS akan beri kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Kemaskini pada 2015-03-31 11:38:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page