- Budiman yang menziarahi Aik Yik bergambar dengan pelajar cemerlang STPM dan keluarganya di Sungai Besar.
SUNGAI BESAR – Walaupun dihimpit kemiskinan dengan kehidupan yang serba kekurangan, ia bukan penghalang kepada Lim Aik Yik, 20, untuk menjadi pelajar terbaik keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014.
Aik Yik yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar diumumkan sebagai pelajar cemerlang STPM negara selepas memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0.
Menurutnya, kejayaan yang diperoleh itu adalah hasil usaha keras dia selama ini yang ingin merubah taraf kehidupan keluarganya.
“Bapa saya hanya bekerja mengambil upah kait buah kelapa di kebun, manakala ibu saya hanyalah suri rumah, sudah tentu kesusahan mereka ini membakar semangat saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
Menurut Aik Yik, tumpuan di dalam kelas sewaktu guru mengajar, selain sentiasa membuat latihan soalan peperiksaan terdahulu dan rajin bertanya antara resipi kejayaannya dalam STPM.
“Kalau ada tiga perkara ini, saya yakin semua orang boleh berjaya, jangan tunggu esok hendak periksa baru hendak ulangkaji pelajaran, sedangkan masa yang diberi itu amat berharga bagi menentukan masa depan,” katanya.
Aik Yik turut berkogsi kejayaan bagaimana dia dapat menguasai subjek sains tulen dan berharap lebih ramai lagi mereka yang belajar sains tulen dapat kuasai subjek tersebut.
“Konsep sains amat mudah, selagi tak faham, kita kena beri tumpuan sehingga kita menguasai baru tukar kepada tajuk lain, apabila dah faham, baru kita pelajari tajuk baru.
“Sains bukan subjek memerlukan kita menghafaz satu buku rujukan, tetapi cara kita untuk memahami subjek tersebut dan kemudian apa yang difahami, kita tulis dalam nota kecil,” katanya.
Aik Yik yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, dia masih menunggu tawaran menyambung pengajian peringkat ijazah dalam dan luar negara.
Kecemerlangan pelajar itu turut mendapat perhatian Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Budiman berkata, kemiskinan sesebuah keluarga bukan bererti anak-anak mereka terkandas, sebaliknya kemiskinan keluarga menjadikan anak-anak mereka kuat untuk belajar bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Kemaskini pada 2015-03-31 11:49:23 daripada Administrator