Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

KEMASKINI ALAMAT DI GERAN TANAH - URUSAN PERTUKARAN ALAMAT

Para pemilik-pemilik tanah, anda boleh membuat pengemaskinian alamat terkini anda pada geran tanah (hakmilik) secara PERCUMA. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda gagal menerima bil cukai tanah terkini setiap awal tahun.

Pengemaskinian alamat perlu menggunakan Borang 26A yang boleh didapati di kaunter Unit Pendaftaran Geran atau pun muatturun di laman web rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam. Alamatnya www.selangor.gov.my/sabakbernam.php

Bagi jenis hakmilik HSM/PM/GM, penghantaran Borang 26A perlu dihantar ke :
Unit Pendaftaran Geran,
Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam

Manakala bagi jenis hakmilik HSD/PN/GRN, pendaftaran perlu dilakukan di  :
Bahagian Pendaftaran 
Tingkat LG, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 
Shah Alam, Selangor.

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran adalah :-
1. Hakmilik/Geran Tanah yang asal
2. Borang 26A yang lengkap ditandatangani
3. Resit cukai tanah terkini yang telah dijelaskan
4. Salinan Kad Pengenalan pemilik 
5. Borang 24, 49 dan MAA (jika pemohon adalah syarikat)


Kemaskini pada 2015-07-03 15:45:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page