Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

15 Sept 2015 : KPDNKK rampas barangan tiruan bernilai RM29,480

KPDNKK rampas barangan tiruan bernilai RM29,480
Ramesh menunjukkan antara barangan tiruan yang dirampas dalam operasi di gudang penyimpanan pakaian terbabit.


SUNGAI BESAR – Seorang penyelia sebuah premis menjual pakaian memberi alasan kononnya tidak pemiliki kunci sebuah gudang tempat penyimpanan barangan tiruan bagi mengelakkan barangan tiruan yang dijual dirampas pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah lelaki berusia 50-an itu gagal mengaburi mata Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Selangor dan Sabak Bernam apabila pasukan itu memberi amaran tegas.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, K. Ramesh berkata, pihaknya terpaksa bertegas terhadap penyelia itu termasuk menunjukkan kebenaran waran geledah bagi memasuki gudang tersebut untuk menjalankan siasatan.

“Mulanya, penyelia terbabit enggan mengaku premis itu mempunyai gudang penyimpanan pakaian, tetapi berdasarkan CCTV, kami mendapati gudang itu adalah tempat penyimpanan barangan premis terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramesh memberitahu, penyelia terbabit akhirnya akur selepas pihak kami bertegas akan memecah masuk sekiranya mereka tidak mahu memberikan kerjasama berhubung kegiatan menjual barangan tiruan.

“Hasil pemeriksaan di gudang itu mendapati terdapat penyimpanan pakaian tiruan  jenama terkenal dan telah merampas sebanyak 1, 303 unit pakaian terbabit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM29, 480,” katanya.

Beliau berkata, penyelia terbabit memberikan kerjasama kepada pihaknya sewaktu menjalankan operasi selama empat jam bermula jam 11 pagi hingga 3 petang di premis dan gudang berkenaan.

Menurut beliau, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum tidak melebihi RM10, 000 bagi setiap unit barangan atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun.

“Sekiranya kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mereka  boleh didenda tidak melebihi RM15, 000 bagi setiap unit barangan,” katanya.

Menurut beliau, operasi barangan tiruan di daerah Sabak Bernam itu dijalankan kali ketiga di empat premis dalam tempoh sebulan dan memberi amaran tegas kepada pemilik premis barangan tiruan, operasi sama akan dijalankan dari masa ke semasa.


Kemaskini pada 2015-09-15 15:01:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page