Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

18 Okt 2015 : Bina pusat latihan

Bina pusat latihan
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh sambil diperhatikan, Zaiton (kiri) memalu gong sebagai gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran penubuhan CDERT Negeri Selangor.


SABAK  BERNAM – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang dalam perancangan mewujudkan kem-kem JPAM di negeri ini sebagai pusat latihan pasukan beruniform berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zaiton Ab Samad berkata, sebelum ini, pihaknya telah membincangkan perkara itu pada peringkat awal dengan ketua pengarah dan galian serta mengenal pasti tanah di tiga mukim iaitu di Sungai Tinggi, Petaling dan Klang.

“Kita dalam perancangan mewujudkan kem-kem JPAM di Mukim Sungai Tinggi berhampiran tapak sanitari sisa pepejal Bukit Tagar seluas 16 hektar, sementara di Mukim Petaling pula berdekatan Taman Teknologi Malaysia Bukit Jalil seluas 30 hektar.

“Sementara di Mukim Klang bersebelahan Bandar Puteri pula seluas 80 hektar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CDERT) Negeri Selangor di Dewan Syarahan Utama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di sini, semalam.

Pada masa ini menurutnya, JPAM mempunyai empat pusat latihan iaitu Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi; Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara ( Pulapau) di Baling; Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (Pulapat) di Jengka dan Pusat Latihan Daerah Kluang.

Dalam pada itu, Zaiton berkata, sehingga kini, sebanyak 300 komuniti berjaya ditubuhkan sebagai CDERT di negeri ini.

“Saya berharap melalui penubuhan CDERT ini, matlamat kita untuk melihat penglibatan aktif seluruh masyarakat dalam pengurusan bencana seperti banjir, ribut dan sebagainya akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau memberitahu, penubuhan pasukan CDERT khusus untuk komuniti yang bermula di negeri Perak dan akan diluaskan ke seluruh negara.

“Ini bukti kesungguhan JPAM memastikan rakyat dilatih dan diberi pendedahan apabila menghadapi situasi bencana dan kecemasan,” katanya.


Kemaskini pada 2015-10-26 13:04:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page