Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

7 Nov 2015 : Kempen 'Sabak Bernam Bersih dan Indah' capai objek

Kempen 'Sabak Bernam Bersih dan Indah' capai objek
Azlinda (lima, kanan) menyampaikan penghargaan kepada kakitangannya pada Majlis Hi Tea bersama Media, Pengurus Pasukan dan Atlet Sukses, Pelancaras



SABAK BERNAM – Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berjaya mengumpul sebanyak 15,850.5 kilogram (kg) atau 7,325 barangan kitar semula di dua pusat pengumpulan barangan terbuang itu sejak Januari hingga Ogos lalu.

Yang Dipertuanya, Azlinda Azman berkata, kempen itu mencapai objektifnya apabila orang ramai menunjukkan minat untuk turut serta dalam program kitar semula yang diadakan sempena kempen ‘Sabak Bernam Bersih dan Indah’ yang dilancarkan sejak awal tahun ini.

Menurutnya, pada masa ini terdapat dua pusat pengumpulan barang kitar semula disediakan MDSB kepada masyarakat setempat iaitu di Stadium Sungai Besar dan Stadium Sabak Bernam.

“Kempen kitar semula ini bukan saja dapat mendidik masyarakat tentang perlunya kesedaran terhadap alam sekitar, tetapi dapat menerapkan amalan suka menabung untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya ketika berucap pada Majlis Hi Tea bersama Media, Pengurus

Pasukan dan Atlet Sukan Selangor (Sukses), Pelancaran Kempen Sabak Bernam Bersih dan Indah serta Majlis Penghargaan Kumpulan Inovasi MDSB.

Beliau berkata, sebanyak enam sekolah di daerah itu terpilih menerima tong kitar semula sebagai didikan awal kepada pelajar tentang pentingnya kempen kitar semula bagi mengurangkan sampah di pusat pengumpulan.

“Pihak sekolah sememangnya ada program kitar semula kerana ia sangat baik bagi melahirkan murid dan pelajar yang sayangkan alam sekitar agar sentiasa bersih dan tidak tercemar dengan pelbagai jenis sampah,” ujarnya.

Selain itu, Azlinda berkata, MDSB turut melaksanakan ‘Ops Lorong Belakang’ di tiga pekan utama iaitu di Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam bagi memastikan kawasan belakang premis perniagaan bersih.

“Kita juga memasang lampu di lorong belakang premis sebagai pencahayaan untuk keselamatan masyarakat terutama dalam usaha menangani masalah kecurian,” katanya.

Menurutnya, MDSB turut menyahut saranan kerajaan supaya tidak menggunakan polistirena dan plastik, sebaliknya menggunakan kertas berkualiti tinggi yang boleh lupus untuk program dalaman jabatan.

“Pelaksanaan ini akan diperluas kepada peniaga kerana kita menyedari keburukan dan kesan polistirena kepada kesihatan dan alam sekitar dalam masa panjang,” katanya.

Mengulas mengenai program itu, Azlinda berkata, kerjasama erat antara media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat.


Kemaskini pada 2015-11-18 12:35:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page