Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

14 Nov 2015 : MDSB bawa pulang tujuh emas

MDSB bawa pulang tujuh emas
Azlinda (tengah) dan Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria (kiri) menyampaikan penghargaan kepada peserta tekwando yang meraih emas pada Majlis Hi Tea bersama Media, Pengurus Pasukan dan Atlet Sukses, Pelancaran Kempen Sabak Bernam Bersih dan Indah serta Majlis Penghargaan Kumpulan Inovasi MDSB.



SABAK BERNAM – Majlis Sukan Daerah Sabak Bernam membawa pulang tujuh pingat emas dengan enam pingat emas daripadanya dimenangi pasukan tekwando dalam Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) ke-11.

Enam pingat emas daripada acara tekwando disumbangkan masing-masing bagi kategori lelaki menerusi, Ugene Lee How Lup, Joshua Amirul Martin dan Tomothy Isaac Martin sera kategori wanita menerusi Lian Pei Ni, Venetha Loganathan dan Siew Qai Xin.

Satu pingat emas pula disumbangkan menerusi acara memanah individu yang dimenangi Mohd Zulhafiz Yusof.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Azlinda Azman berkata, penyertaan Sukses pada tahun ini adalah lebih baik apabila jumlah pungutan emas dan pingat keseluruhan mengatasi pencapaian pada tahun lalu.

“Walaupun kita akui terpaksa bersaing dengan daerah lain terutama di kawasan bandar, namun pencapaian pungutan ini jauh lebih baik,” katanya.

Azlinda berkata, komitmen semua pihak amat diperlukan dalam memastikan bidang sukan ini mampu meraih kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.

“Pengurusan sesebuah organisasi sukan yang baik mampu melahirkan atlet sukan cemerlang sekali gus boleh mengharumkan nama daerah ini sama ada di peringkat negeri mahu pun negara,” katanya.

Menurut beliau, selain meraih pingat emas, pasukan itu turut tidak pulang dengan tangan kosong, apabila meraih 16 pingat perak dan 15 pingat gangsa dalam 13 acara keseluruhan yang dipertandingkan pada Sukses kali ini.

“Kita meraih pingat perak menerusi acara memanah, merejam lembing, melontar peluru, tekwando dan silat olahraga manakala gangsa menerusi memanah, karate do, tekwando, silat olahraga dan silat seni,” katanya.

Menurut beliau, Majlis Sukan Daerah Sabak Bernam hanya menyertai 12 daripada 13 acara tersebut selepas menarik diri saat akhir dalam acara tenpin boling,” katanya.


Kemaskini pada 2015-11-18 12:49:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page