Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

12 DIs 2015 : Khusrin bersara Disember ini

Datuk Mohammed Khusrin Munawi
Mohammed Khusrin Munawi


KLANG - Selepas hampir 30 tahun menabur bakti di Selangor, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi akhirnya bersara hujung Disember ini.

Ia setelah genap lima tahun beliau menyandang jawatan tersebut.

Beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kepercayaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana memberi peluang kepadanya menerajui perkhidmatan awam Selangor.

“Segala tunjuk ajar dan teguran Tuanku amat berguna untuk patik dan akan dijadikan panduan di masa depan.

“Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada menteri besar, Exco, Ahli-ahli Dewan Diraja, Orang-orang besar istana, ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja pentadbiran Selangor yang memberikan kerjasama dan sokongan padu selama 30 tahun berkhidmat di Selangor,” katanya.

Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Selangor ke-70 semalam ialah majlis rasmi kerajaan negeri terakhir buat Mohamed Khusrin.

“Pada kesempatan ini, selaku wakil kerajaan negeri mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan bola sepak Selangor yang akan berjuang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah esok (hari ini).

“Semoga kali ini kita akan menjadi juara buat kali ke-33 setelah kali terakhir menjulang piala berprestij itu pada 2005,” katanya.


Kemaskini pada 2015-12-22 10:48:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page