Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

20 JULAI 2016 : Warga asing monopoli perniagaan

Warga asing monopoli perniagaan
 
 
 
 
 
 

SABAK BERNAM – Penjaja kerepek di kaki lima beberapa premis di bandar utama negeri ini, mengakui pendapatan merosot berikutan kebanjiran warga asing yang memonopoli perniagaan itu sejak setahun lalu.

Mereka mendakwa, kehadiran penjaja warga asing yang menggunakan pas lawatan sosial itu menyekat periuk nasi peniaga tempatan yang telah lama bertapak mencari rezeki menerusi aktiviti berkenaan.

Penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 53, berkata, dia yang berniaga di sekitar Shah Alam dan sekitar Lembah Klang mengakui kawasan itu kebanyakannya dikuasai warga asing.

“Kalau dulu kami boleh berniaga dengan tenang tanpa gangguan, tapi sejak kebelakangan ini, ramai warga asing yang jual kerepek di tempat kami berniaga.

“Kami bukan orang senang... bayangkan saya dari Sabak Bernam terpaksa berhabis duit nak pergi ke sana semata-mata untuk jual kerepek, cari rezeki halal,” katanya.

Menurutnya, penjaja warga asing itu dipercayai diupah rakyat tempatan menerusi komisen hasil jualan.

“Kita dekat sini (Sabak Bernam) memang jauh nak ke sana (Shah Alam dan sekitar Lembah Klang). Nak ke sana ambil masa dua jam lebih, tapi kecewa bila sampai tengok mereka dah duduk tepi kaki lima jual kerepek,” katanya.

Azli yang mengambil kerepek daripada pembekal di Sabak Bernam berkata, kebanyakan penjaja kerepek tempatan bukan dalam kalangan orang senang, sebaliknya terpaksa menjaja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Kalau tengok keadaan kami memang sedih. Ada antara kami, suami atau isteri sakit, anak OKU, anak masih belajar dan macam-macam lagi kesusahan.

“Tapi demi cari sesuap nasi, kami terpaksa berkongsi duit minyak pergi ke sana dengan harapan duit ini dapatlah bantu keluarga,” katanya.

Seorang lagi penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aina, 43, berkata, sejak kehadiran warga asing itu, purata pendapatan yang diperolehnya merosot daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,000 sebulan.

"Di mana kita berniaga, di situ mereka sibuk... hinggakan bila kami sampai, tengok mereka dah ada di situ.

"Kalau peniaga tempatan kami tak kisah, tapi mereka ini warga asing. Kita pun tak tahu latar belakang mereka ini,” katanya.

Justeru, dia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini untuk berniaga.


Kemaskini pada 2016-07-27 11:57:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page