Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

12 November 2016 : Didik murid celik keselamatan diri

Didik murid celik keselamatan diri
 

SABAK BERNAM - Kira-kira 250 murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) Doktor Abdul Latiff menyertai kempen keselamatan kanak-kanak Sahabat Bijak: Safe and Protect sebagai wadah mempertingkatkan pengetahuan mengenai keselamatan diri dari pelbagai aspek.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sabak Bernam, Shamsuri Sulaiman berkata, program itu diharapkan dapat mendidik murid dan warga sekolah untuk menjadi rakyat yang berinformasi tentang keselamatan diri serta keluarga dari segenap sudut.

“JKM juga mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan pihak kami bagi merealisasikan program ini serta terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama jabatan lain bagi mencapai objektif memelihara hak kanak-kanak.

Kempen anjuran bersama JKM dan SK Doktor Abdul Latiff itu turut mendapat kerjasama erat Ibu Pejabat Polis Darah (IPD) Sabak Bernam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Doktor Abdul Latiff.

Shamsuri berkata, semua agensi yang terlibat dalam kempen itu memainkan peranan penting bagi menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak dari sudut agensi masing-masing melalui pelbagai aktiviti termasuk ceramah, pameran, kuiz, latihan kebakaran dan demonstrasi mempertahankan diri yang menarik.

“JKM juga mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan pihak kami bagi merealisasikan program ini serta terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama jabatan lain bagi mencapai objektif memelihara hak kanak-kanak,” katanya.


Kemaskini pada 2016-11-17 11:43:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page