Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

14 November 2016 : Tiga rumah penduduk dinaiki air

Tiga rumah penduduk dinaiki air
 
 

SABAK BERNAM - Tiga rumah penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Sungai Tengar Utara dinaiki air setinggi 0.3 meter berikutan fenomena air pasang besar, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu mengakibatkan limpahan air masuk ke dalam rumah dan kawasan halaman kediaman penduduk, bagaimanapun beransur-ansur surut, dua jam kemudian.

Seorang penduduk, Nazeri Bisri, 67, berkata, air mulai melimpah masuk ke kediamannya itu pagi tadi, hingga mengundang kebimbangannya jika air semakin tinggi.

"Nasib baik paras air masuk ke rumah cecah buku lali saja. Kalau air tinggi, saya rasa habis barangan dalam rumah rosak seperti yang berlaku lebih 10 tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Anaknya, Norhidayah, 32, berkata, fenomena air pasang yang berlaku itu menyebabkannya tidak tidur lena ekoran bimbang jika air naik mendadak ke dalam rumah.

"Saya memang tak boleh nak lelap mata sampai sekarang (tengah hari tadi). Risau rumah tenggelam, lebih-lebih lagi dalam keadaan ayah yang kurang sihat.

"Bencana seperti ini, kita tak boleh nak jangka. Itu sebab, saya sanggup bersengkang mata, asalkan semuanya selamat," katanya.

Norhidayah berkata, dia mula bermalam di rumah bapanya itu sejak semalam dan hanya pulang semula ke rumahnya di Kampung Parit Baru, selepas 18 November ini.

"Hari ini, setidak-tidaknya dapatlah saya bantu bapa bersihkan apa yang patut sebab air masuk ke dalam rumah.

"Banyak kesan kotoran di lantai perlu dicuci sebab air ini turut bawa pasir dan sedikit lumpur yang berbau busuk," katanya.


Kemaskini pada 2016-11-17 11:48:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page