Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

17 November 2016 : 'Ikan sesat' bawa rezeki

'Ikan sesat' bawa rezeki

SABAK BERNAM - Di sebalik keresahan yang menyelubungi penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir, fenomena air pasang besar dianggap membawa rezeki oleh sebilangan individu apabila beberapa spesies ikan air masin 'tersesat' masuk ke parit berhampiran Pintu Air Sungai Tawar, di sini.

Seorang penduduk dari Kampung Dato’ Hormat, Island Saring, 59, berkata, kesempatan itu digunakannya untuk menjala pelbagai spesies ikan yang hanyut akibat fenomena air pasang besar.

“Seronok sebab dapat banyak ikan bila air pasang...ikan air masin yang kami tak pernah dapat sebelum ini pun masuk ke dalam jala.

“Biasanya spesies ikan laut yang naik ke darat seperti ikan belanak, ikan sembilang, ikan duri, ikan siakap dan udang galah laut,” katanya.

Menurut Island, fenomena air pasang besar menyebabkan jumlah ikan lebih banyak berbanding kebiasaannya.

“Kalau diikutkan, jumlah ikan dapat lebih banyak musim macam ini. Saya mula tebar jala bila air surut, lagi cetek lagi seronok jala ikan sebab ikan lebih banyak bila air surut,” katanya.

Rakannya, Mohd Masari Mohd Hashim, 56, berkata, aktiviti menjala ikan dilakukannya bagi mengisi masa terluang selepas bersara.

“Di kawasan muara lagi banyak ikan. Musim air pasang besar ini, dapatlah rasa ikan air masin...biasanya dapat ikan tilapia saja,” katanya.

Menurutnya, ikan tilapia di parit Pintu Air Sungai Air Tawar itu mampu hidup dalam air payau, iaitu air tawar bercampur air masin.

Bagi Azhari Amian, 40, ikan tilapia yang dijalanya itu sekadar memenuhi hobi dan untuk hidangan sekeluarga.

“Tilapia air payau ni berbeza dengan tilapia lombong dan sedap dibakar atau masak berlada,” katanya.


Kemaskini pada 2016-11-18 11:26:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page