Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

26 November 2016 : Sindiket dadah tumpas

Sindiket dadah tumpas
 
 

SABAK BERNAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berjaya menumpaskan sindiket dadah terbesar di daerah ini bernilai RM24,150 di Jalan Pantai, Bagan Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.05 petang itu, suspek lelaki berusia 40 tahun ditahan sepasukan polis diketuai Asisten Superintenden Mohamad Rashidi Mat Din bersama sekumpulan anggotanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas dua jenis dadah iaitu heroin seberat 1.35 kilogram dan syabu seberat 0.98 gram.

“Nilai rampasan tiga bungkusan heroin sebanyak RM24,000 manakala tiga bungkusan kecil dadah jenis syabu sebanyak RM150,” katanya.

Nor Azmi berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek dipercayai bersama beberapa rakannya lain sedang berbual di kawasan berkenaan.

“Semua rakan suspek melarikan diri, bagaimanapun hasil kecekapan polis berjaya menahan suspek,” katanya sambil memberitahu, suspek yang turut mempunyai tiga kes lampau sebelum ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek dipercayai membungkus dadah jenis heroin dalam peket-paket kecil dan kemudiannya menjualnya pada harga RM30 segram manakala syabu 0.3 gram pula dijual dengan nilai anggaran RM50,” katanya.

Menurut Nor Azmi, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Disember depan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan Seksyen 12(2) ADB 1952, yang boleh didenda maksimum RM100, 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Kemaskini pada 2016-11-29 08:14:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page