Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

HANYA SEORANG MURID TAHUN 1 DI SK TANJUNG JAWA

 

HANYA SEORANG MURID TAHUN 1 DI SK TANJUNG JAWA

2 JANUARI 2018

image

Hadief Qawiem diperhatikan guru besarnya, Khaire (berdiri tengah) yang membuat pemantauan di kelas berkenaan.

SABAK BERNAM - Meskipun hanya seorang murid tahun 1 didaftarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Jawa, namun sesi persekolahan 2018 yang bermula hari ini, tetap berjalan seperti biasa.

Murid lelaki terbabit, Hadief Qawiem Mohammed, 7, ditempatkan di dalam kelas seorang diri, dan mengikuti sesi pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang disediakan.

Guru besar sekolah itu, Khaire Md Zen berkata, kehadiran Hadief Qawiem menjadikan sekolah itu kini mempunyai seramai 15 murid keseluruhan dari tahun 1 hingga tahun 6.

"Kita mempunyai lapan murid lelaki dan tujuh perempuan di sekolah ini pada tahun ini," katanya kepada Sinar Harian.

Khaire berkata, pada tahun ini, selain menerima seorang murid tahun 1, sekolah itu menerima seramai dua murid tahun 2, tahun 3 (4), tahun 4 (3), tahun 5 (3) dan tahun 6 (2).


Kemaskini pada 2018-01-10 10:45:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page