Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

Kereta peronda polis masuk parit

5 JANUARI 2018

image

Kereta peronda dari Balai Polis Sabak Bernam remuk selepas terbabas lalu terjunam masuk ke dalam parit di Jalan Parit 12, Sungai Panjang, Sungai Besar, di sini.

SABAK BERNAM - Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit 12, Sungai Panjang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, pemandu Lans Koperal, Shamsul Hisham Mohamad, 30 dan penumpang, dari Balai Polis Sabak Bernam menaiki Proton Waja melakukan rondaan sekitar kampung sebelum terserempak kereta jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Suprintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua anggota polis itu kemudiannya mengejar kereta berkenaan sehingga ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

Berikutan kejadian itu, katanya, kereta itu remuk bahagian depan manakala kedua anggota terselamat.

Nor Azmi memberitahu, kejadian berlaku ketika hujan lebat sekitar kawasan berkenaan menyebabkan permukaan jalan licin.

"Siasatan berkenaan kes berkenaan akan diteruskan," katanya.


Kemaskini pada 2018-01-10 12:18:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page