Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Rancang bina jeti nelayan setanding Taiwan

Rancang bina jeti nelayan setanding Taiwan
Suee Lim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani, Sim Tze Tzin pada Program Sesi Dialog Komuniti Nelayan dan Petani di Kilang Padi Tali Air 5, Ban 2, Sekinchan, di sini.
 
(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM -24 Ogos -  Kerajaan negeri dalam perancangan membina jeti pelabuhan nelayan bersepadu berciri moden dengan konsep seperti di Taiwan, sekali gus menggantikan jeti konkrit dalam keadaan daif dan uzur pada masa sekarang.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, jeti pelabuhan itu nanti juga diharap dapat menampung penambahan jumlah bot pada masa sekarang, selain mampu diguna pakai dalam tempoh jangka masa 30 tahun akan datang.

"Kita ada lebih 200 bot pukat tunda, namun (jeti) muara sungai yang ada sekarang ini tidak dapat menampung bot sedia ada," katanya pada sidang media selepas Program Sesi Dialog Komuniti Nelayan dan Petani di Kilang Padi Tali Air 5, Ban 2, Sekinchan, di sini.

Suee Lim yang juga Speaker Dun Selangor berkata, kerajaan komited membantu perkembangan industri perikanan kerana sektor itu mampu menjana ekonomi negara khususnya di negeri ini.

Katanya, bagi tujuan itu, sebanyak RM800,000 dibelanjakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang mengambil inisiatif membuat kajian berhubung cadangan pembinaan jeti berkenaan.

"Kajian cadangan tersebut dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES)," katanya.

Beliau berkata, secara dasarnya, kerajaan negeri bersetuju membina jeti pelabuhan terbabit, namun ia memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan.

"Maka, kita meminta bantuan daripada kerajaan Persekutuan dalam skop perbincangan dari segi teknikal dan kesesuaian serta kewajaran projek ini dilaksanakan," katanya

 
 

 

 
 

Kemaskini pada 2018-08-28 21:00:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page