Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

Homestay Sg. Nibong

Homestay Sungai Nibong terletak ini terletak di Kampung Batu 23, Sungai Nibong di mana ia terletak kira-kira 125 kilometer dari Kuala Lumpur yang mana memakan masa selama 2-3 jam perjalanan.

 

Homestay ini menawarkan pekej pelancongan bertemakan kebudayaan kampung yang didiami masyarakat Jawa yang menjadi 80 peratus populasinya. Antara nilai adat budaya yang masih dipertahankan adalah alat muzik gamelan yang merupakan alat muzik tradisional masyarakat Jawa. Ia merupakan satu set alat muzik yang pelbagai yang mana memerlukan beberapa orang untuk memainkannya. Selain itu, wayang kulit Jawa juga masih lagi dipertontonkan kepada pelancong yang datang ke sini. Persembahan wayang kulit Jawa ini dilatari dengan muzik gamelan bagi menjayakan lagi persembahannya.

 

Kedudukan kampung ini yang berada di bahagian pantai menggalakkan lagi pelancong untuk datang berkunjung. Ini kerana keindahan pantai yang memukau menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

 

Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah masjid yang menjadi tempat umat Islam beribadah. Selain itu, terdapat gelanggang badminton dan sepaktakraw yang dibina di hadapan sebuah rumah di sini yang masih mengekalkan identiti tradisional rumah Melayu.

 

 

image image

 

 

sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam


Kemaskini pada 2016-11-11 15:00:41 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page