Rumah Rehat Sabak Bernam merupakan sebuah lagi pusat pelancongan yang terdapat di mukim Sabak dan pekan Sabak ini. Ia dikategorikan sebagai Pelancongan Hotel / Chalet kerana kemudahan penginapan yang disediakan.
Ia terletak kira-kira 130 kilometer dari Kuala Lumpur, dan kira-kira 500 meter dari pekan Sabak. Diuruskan oleh Hay Resort Services Sdn Bhd, pengurus utamanya ialah En Nor Fazly bin Ramli. Ia menawarkan kemudahan penginapan bertaraf tiga bintang, bilik seminar dan kawasan rekreasi.
Antara dewan seminar yang disediakan adalah Dewan Bunga Tanjung dan Dewan VIP. Selain itu, untuk kemudahan makanan pula, terdapat dua restoran atau kafe yang disediakan iaitu P Ramlee Bistro & Cafe serta Anjung Nipah Restaurant.
Antara jenis bilik penginapan yang ditawarkan ialah bilik biasa, deluxe dan suite. Harga yang ditawarkan ialah dari serendah RM50, sehinggalah kepada RM200 semalam.
Kemudahan rekreasi yang ditawarkan ialah trek berjalan kaki sehingga Sabak Bernam Waterfront dan jeti memancing bagi kaki pancing. Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti kemudahan LCD Projektor, pemain VCD, karaoke, televisyen, slide projektor dan backdrop bagi kemudahan seminar.
|
|
sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam
Kemaskini pada 2016-11-11 14:14:46 daripada Vox Administrator