Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Kes denggi di Klang turun, rakyat manfaat perintah kawalan

image

Kes denggi di Klang turun, rakyat manfaat perintah kawalan


KLANG, : Kes denggi di Klang menurun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, ini kerana sepanjang tempoh tersebut, penduduk berada di rumah dan mempunyai banyak masa meninjau kawasan kediaman.

“Namun, masyarakat tidak boleh leka kerana kemungkinan wabak ini akan kembali meningkat selepas PKP kerana sudah ramai yang kembali bekerja, dan masa untuk menjaga kawasan sekitar rumah juga sudah kurang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MPK hari ini.

Sehingga kini, kes denggi di Klang mencatatkan 4,399 kes sementara Sentosa, Bandar Baru Klang dan Sungai Kandis menjadi lokasi tertinggi wabak.

Dr Ahmad Fadzli pihaknya turut mengenalpasti kediaman berstrata dan kawasan industri menjadi lokasi paling banyak berlaku kes denggi.

“Saya berharap supaya masyarakat sedar bahawa kes denggi ini juga satu ancaman kepada kita, terus kekalkan menjaga persekitaran rumah walaupun sibuk dengan aktiviti seharian,” katanya.

Diterbitkan pada 22 June, 2020 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh