Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Soalan Lazim (FAQ)

 

SOALAN LAZIM / FREQUENTLY ASKED QUESTION FAQ

 

 


Pembangunan Tanah

 

 

Soalan :

Apakah perbezaan di antara pecah sempadan dan pecah bahagian?

Jawapan

:

Pecah sempadan bermaksud memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil dengan tidak mengubah butiran pemilikannya. Contohnya, satu lot tanah dipecahsempadan kepada lot-lot yang lebih kecil untuk dijual oleh tuan tanah. Manakala, pecahbahagian pula adalah memecahkan satu lot tanahkepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam geran.Contohnya jika satu lot tanah itu dipunyai oleh empat (4) tuan tanah berdaftar, maka lot tersebut akan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut bahagian masing-masing.

Soalan

:

Bolehkah permohonan untuk pecah bahagian dikemukakan sekiranya tidak mendapat persetujuan kesemua tuan tanah?

Jawapan

:

Boleh, permohonan boleh dikemukakan oleh mana-mana tuan tanah namun satu pemberitahuan akan dikeluarkan dan disampaikan kepada kesemua tuan tanah berdaftar untuk memaklumkan tentang permohonan tersebut. Sekiranya terdapat bantahan, ianya perlulah dikemukakan dalam masa yang telah ditetapkan dan satu sesi siasatan / pendengaran ke atas bantahan tersebut akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Klang.

Soalan

:

 Berapakah keluasan minimum yang boleh dipecahbahagi?

Jawapan

:

Minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi bagi tanah kategori pertanian ialah 0.25 ekar.

 

Pendaftaran Hakmilik

 

 

 

Soalan :

 Apakah yang dikatakan urusan pindahmilik tanah?

Jawapan

:

Urusan pindahmilik tanah adalah urusan yang melibatkan dua pihak iaitu pemberi pindahmilik dan penerima pindahmilik. Urusan pindahmilik merupakan suatu proses menukarnama di dalam hakmilik (geran) dan ia bersangkutan dengan jual beli mahupun pindahmilik secara kasih sayang di antara ahli keluarga.

Soalan :

Kepada SIAPA BOLEH DIPINDAHMILIK?

Jawapan

:

1) Warganegara 18 tahun ke atas

2) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah (Badan-badan Berkanun)

3) Raja-raja Pemerintahan, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

 

Badan-badan yang diberi kuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana (syarikat-syarikat)

Soalan

:

 Apakah yang dinamakan hakmilik atau geran?

Jawapan

:

Hakmilik atau geran adalah satu (1) dokumen penting yang menyatakan ketuanpunyaan seseorang bagi sesuatu hartanah tersebut.Seseorang pemilik berdaftar mempunyai keseluruhan haknya ke atas hartanah yang dimiliki.

Soalan

:

 Adakah wujud perbezaan di antara hakmilik - hakmilik ini?

Jawapan

:

Hakmilik terbahagi kepada dua (2) jenis. Hakmilik yang di bawah jagaan Pejabat Tanah Klang adalah Hakmilik Sementara Mukim HS(M), Geran Mukim (GM) dan Pajakan Mukim (PM). Hakmilik di bawah jagaan Pejabat Tanah dan Galian adalah Hakmilik Sementara Pendaftar HS(D), Geran GRN dan Pajakan Negeri (PN).

Soalan

:

Bagaimana carana hendak memastikan bahawa tanah tidak disalahguna?

Jawapan

:

Boleh hadir ke Pejabat-pejabat Tanah dimana hakmilik tanah itu didaftarkan atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk mendapatkan Salinan Sah Hakmilik dengan syarat mestilah mempunyai maklumat mengenai nombor hakmilik atau lot tanah berkenaan. Setiap Salinan Sah Hakmilik adalah dikenakan bayaran sebanyak RM50.

  

Kemaskini pada 2018-11-26 10:14:24 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page