Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pindah Milik Tanah

PERMOHONAN PINDAH MILIK  TANAH

 


  

 

DEFINISI

 

Pindah milik tanah merupakan satu (1) proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan / sebahagian tanah kepada pemilik baru.

 

  

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

 

1.

Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.

2.

Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).

3.

Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

4.

Badan-badan yang diberikuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana syarikat.

 

 

PANDUAN PENGISIAN BORANG PINDAH MILIK (14A)

 

1.

Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.

2.

Bagi Permohonan Pindah Milik Tanah Rizab Melayu, Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.

3.

Sekiranya Borang Pindah Milik (14A) dicapkan dengan ibu jari maka perlu dilabelkan jari kiri atau kanan.

 

 

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PINDAH MILIK (14A) 

1.

Hakmilik (Geran) asal (DHKK).

2.

Borang 14A yang telah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan seperti berikut :

i. Pentadbir Tanah;

ii. Peguambela dan Peguam Cara;

iii. Kedutaan/Perwakilan Malaysia di Luar Negara (Embassy);  atau

iv. Penyaksi Awam (Notary Public) –Jadual Kelima KTN.

3.

Sijil Setem LHDN yang asal.

4.

Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

5.

Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).

6.

Salinan Cukai Pintu semasa : Januari - Jun Bil.1 dan Julai - Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima).

7.

Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, dan telah disahkan di dalam satu muka surat A4, depan dan belakang, saiz asal kad pengenalan. dicatat “untuk kegunaan Pejabat Tanah/Daerah Klang sahaja”.

8. Salinan passport yang jelas  jika warga asing (disahkan)
9. Sijil Pengesahan penyaksian melalui sistem Biometrik (sekiranya Penyaksian dibuat di hadapan Pentadbir Tanah)
10. Penyata pengesahan cap jari biometrik oleh penjual bagi hartanah mempunyai nilaian rm 1 juta dan lebih.
11. Salinan sijil lahir penerima pindah milik bagi tanah rizab melayu.
12. Pindahmilik antara suami isteri – Salinan sijil nikah
13. Pindahmilik kasih sayang antara adik beradik/ anak beranak/ datuk cucu dan seumpamanya- lampirkan Salinan sijil lahir yang boleh membuktikan pertalian.
14. Surat akuan- bagi kes penjual yang tiada catatan nombor kad pengenalan pada hakmilik atau nama penjual pada kad pengenalan tidak sama pada hakmilik.
15. Surat kebenaran bagi hakmilik yang terdapat sekatan kepentingan/gadaian/kaveat.
16. Surat Kuasa Wakil perlu difailkan bersekali sekiranya melibatkan pemegang kuasa wakil
17. Penerima adalah bukan warganegara/Penduduk Tetap/Pemastautin Tetap/Syarikat Asing –kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (Rujuk Pekeliling PTGS Bil 3/2011 –433B)

  

Denda Lewat akan dikenakan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh penyaksian –Seksyen 293(1)(b)


  

imageMuat Turun Borang Pindah Milik (14A)

imageContoh Pengisian Borang

Kemaskini pada 2020-07-06 17:43:51 daripada Siti Rohaya

  •  
  • Print
  • Email this page