Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

MPK arah kilang tak patuh SOP tutup seminggu

16 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan sebuah kilang ditutup seminggu bermula semalam berikutan tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) selain berpotensi menyebabkan penularan Covid-19.

Majlis berkata tindakan diambil selepas melihat premis tersebut gagal beroperasi mengikut arahan Majlis Keselamatan Negera dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pengilang tidak memberi kerjasama dalam menangani pandemik ini. Antara kesalahan adalah tiada saringan suhu badan dan penggunaan kod QR untuk pelawat memasuki premis.

“Pihak terlibat juga gagal membuktikan amalan penjarakan fizikal satu meter sekitar tempat kerja selain penggunaan cecair pembasmi kuman yang sangat minima,” katanya menerusi Facebook.

Menurut majlis lagi, premis terbabit juga gagal membuktikan deklarasi kesihatan pekerja dan pelawat di pintu masuk utama.

“Persekitan juga tidak bersih. Pengasingan pekerja positif Covid-19 dengan pekerja lain juga kurang memuaskan dengan penilaian risiko kadar pendedahan penyakit sebanyak 5.3 peratus,” katanya.

Semalam, MPK menerusi Jabatan Kesihatan melakukan operasi pantauan pematuhan SOP dan penilaian risiko ke beberapa premis dibenar beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari ini.

 

sumber : selangor kini 

by Norrasyidah Arshad

January 16, 2021  2:33 pm

 

Diterbitkan pada 18 January, 2021 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh