Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

CCTV pantau banjir dipasang di Taman Selat Damai, Teluk Gedung Indah

image

Kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau banjir di Taman Selat Damai dan Taman Teluk Gedung Indah Pelabuhan Klang akan dipasang pada minggu hadapan.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang berkata kedua-dua perumahan berkenaan merupakan kawasan yang sering mengalami masalah banjir kilat ketika musim air laut pasang dan hujan lebat.

“CCTV itu turut mempunyai kamera pusingan 360 darjah yang boleh memantau secara menyeluruh dan berfungsi menggunakan tenaga solar.

“Kami di Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan JPS Klang kerana telah mengusahakan inisiatif ini” kata Azmizam Zaman Huri di Facebook.

Menurutnya, pemasangan CCTV itu menjadi percubaan pertama di DUN Pelabuhan Klang.

Terdahulu Azmizam melawat tapak bersama dengan wakil JPS Selangor bagi meninjau kedudukan untuk pemasangan CCTV tersebut.

Diterbitkan pada 3 September, 2021 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh