Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sultan Selangor berkenan rasmi masjid, buka puasa bersama rakyat Klang

image

Sultan Selangor berkenan rasmi masjid, buka puasa bersama rakyat Klang

 

KLANG, 28 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Klang di Masjid Kota Raja, di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda turut berkenan merasmikan Masjid Kota Raja dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 369 asnaf di daerah ini.

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf di Masjid Kota Raja Taman Sungai Jati Permai Klang sebelum merasmikan masjid tersebut pada 28 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Penerima terdiri daripada 83 golongan fakir, 156 orang miskin dan 130 mualaf melibatkan jumlah sebanyak RM184,500.

Sultan Sharafuddin juga menunaikan solat maghrib berjemaah bersama kira-kira 300 rakyat Klang di masjid yang telah siap sepenuhnya pada April 2019 itu.

Majlis tersebut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

 

sumber : Selangorkini

Diterbitkan pada 29 March, 2023 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh