Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Jangan laku perbuatan cetus syak wasangka


KLANG, 11 DISEMBER 2013 - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum dan agama memainkan peranan mengekalkan kemajuan di negeri ini dengan tidak melakukan apa jua perbuatan yang boleh mencetuskan syak wasangka antara satu sama lain. 
 
  
 
Baginda bertitah setiap rakyat Selangor perlu menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini.   
 
  
 
"Beta berkenan agar kemajuan di negeri Selangor ini dapat berterusan hingga generasi akan datang.  
 
  
 
"Oleh itu, setiap rakyat Selangor mestilah memainkan peranannya untuk mengekalkan kemajuan ini dengan tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka di antara satu sama lain," titah baginda pada majlis jamuan teh bersama rakyat sempena Hari Keputeraan baginda ke-68 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini hari ini. 
 
  
 
Sehubungan itu, baginda mengingatkan para cendekiawan supaya memahami mengenai perkara-perkara sensitif serta tidak membuat pernyataan-pernyataan yang boleh mengguris hati rakyat Selangor sehingga mengeruhkan keharmonian. 
 
  
 
Baginda turut menyeru rakyat Selangor meneroka peluang-peluang yang boleh menjadikan Selangor menjadi maju dan terunggul di Malaysia. 
 
  
 
"Janganlah biarkan kemajuan Selangor ini menjadi lembab dan tidak berubah. Negeri Selangor tidak boleh maju jika rakyatnya yang berbilang kaum tidak bersatu padu dan bekerjasama sebagai satu pasukan," titah baginda. 
 
  
 
Sultan Selangor juga mahu rakyat negeri itu bersama-sama membantu dan bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah. - Bernama 
 

Kemaskini pada 2014-01-21 11:25:19 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page