Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Mayat Bayi bertali pusat ditemui di sungai Klang

KLANG,04 DISEMBER 2013 - Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini hari ini. 
 
  
 
Ketua Polis Dearah Klang Selatan, ACP Mohd Mat Yusop, berkata mayat bayi yang belum dikenalpasti identiti ditemui seorang penjaga pangkalan yang sedang mengutip tin kosong di tebing sungai itu pada kira-kira 9 pagi.
 
 
 
 "Mayat bayi yang cukup sifat ditemui dalam timbunan sampah dalam keadaan terlentang dengan tidak berbaju," katanya ketika dihubungi Bernama.  
 
 
 
 Mat Yusop berkata pada awalnya, penjaga pangkalan berkenaan menyangkakan bayi itu sebagai anak patung.
 
 
 
 Beliau berkata mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dihantar ke Makmal Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. 
 
 
 
 Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit, katanya. 
 
 
 
 Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Kemaskini pada 2014-01-21 11:03:46 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page