Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Padah tamak caj kad tambah nilai 50 sen

image

 

BANTING, 31 Januari 2014  - Tindakan sepasukan anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang menyamar sebagai pengguna membeli kad tambah nilai di sebuah premis kedai serbaneka di sini berjaya membongkar aktiviti penjualan kad tambah nilai yang dicaj lebih 50 sen.

 

Ketua Cawangannya, Mohamad Ziyad Kamaludin berkata, penyamaran dilakukan kira-kira jam 12.15 tengahari selepas menerima maklumat awam yang merungut apabila barangan itu dikenakan caj lebih berbanding di tempat lain.

 

Katanya, walaupun kad tambah nilai yang dirampas bukan dalam kuantiti banyak, namun tindakan diambil atas aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan peniaga yang menjual kad tambah nilai RM10 pada harga RM10.50.

 

“Sebelum tindakan, kes telah diambil dengan penyamaran  pegawai penguatkuasa saya yang membuat uji beli terhadap satu kad tambah nilai RM10 yang mana dijual pada harga RM10.50.

 

“Untuk membuktikan wujudnya kesalahan, pegawai penguatkuasa menyamar semasa proses uji beli tersebut dengan meminta resit belian yang mana kemudiannya jurujual menyediakan resit,” katanya.

 

Ziyad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan barang boleh didapati.

 

Katanya, tindakan mengenakan caj harga lebih walaupun 10 sen tetap menjadi kesalahan kerana nilai pada barangan sudah tertera harga.

 

“Bagaimanapun, peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga jika barangan tersebut sudah tertera harga sebenar.

 

“Orang ramai juga diharapkan dapat memaklumkan kepada kami jika terdapat aktiviti penjualan harga barangan yang tidak mengikut peraturan,” katanya


Kemaskini pada 2016-05-20 12:18:12 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page