Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN
qrcode

Banyak fasiliti tidak dinaik taraf

image

 

BANTING, 3 Februari 2014  – Pengguna di Dataran Banting melahirkan rasa kecewa dengan tahap penyelenggaraan dan kemudahan yang disediakan di kawasan riadah awam itu sejak lebih 20 tahun lalu seolah-olah tidak mendapat perhatian untuk dinaiktarafkan.

 

Pekerja swasta, Mohammad Faizal Maula Mohd Fadzlan, 26, berkata, bukan sahaja persekitarannya masih sama, namun fasiliti senaman dan peralatan permainan kanak-kanak berada dalam keadaan tidak memuaskan dan rosak.

 

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) harus menjaga kemudahan ini dengan baik bagi menjaga imej Dataran Banting kerana ia terletak berhampiran pejabat perkhidmatan yang sering dikunjungi.

 

"Bukan saja rosak, malah keadaannya turut mengundang bahaya kepada pengunjung.

 

"Lebih menyedihkan apabila peralatan yang disediakan masih di tahap lama sedangkan pelbagai kemudahan terkini boleh ditempatkan di kawasan ini kerana sekurang-kurangnya lebih 200 pengunjung berada di sini pada setiap petang," katanya.

 

Faizal berkata, kawasan yang boleh dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan seharusnya diberi keutamaan apabila melihat suasana peminat sukan seperti bola sepak jalanan, papan luncur, trek dan peralatan senaman yang semakin hari menjadi tumpuan.

 

“Namun, sehingga kini tiada inisiatif untuk diberi perhatian walaupun sudah lama dibangunkan,” katanya.

 

Bagi Muhammad Azzam Azan Azlan, 15, dia terpaksa pulang semula ke rumah jika mahu menggunakan tandas berikutan tiada kemudahan itu disediakan di Dataran Banting.

 

Menurutnya, hampir setiap hari dia akan singgah bermain bola bersama rakan–rakan di Dataran Banting.

 

"Kemudahan tandas seperti tidak diperlukan di kawasan ini sedangkan ia menjadi tumpuan tak kira peringkat umur dan bangsa,”katanya.

 

Naik taraf gelanggang sukan lasak

 

Pengguna, Azrulizam Abdul Rahman, 30, berkata, dia antara peminat sukan papan luncur yang terawal di daerah itu memanfaatkan sukan itu di Dataran Banting, namun melihat kewujudan kemudahan tersebut berbeza dengan kemudahan yang ada di kawasan lain.

 

Menurutnya, mungkin gelanggang sukan lasak perlu dibina di situ kerana ia sudah menjadi ikon tumpuan pengunjung ke Kuala Langat.

 

"Saya sendiri masih aktif bermain dan mengajar anak-anak muda yang ingin menceburi permainan sukan lasak.

 

"Jika pihak berkenaan mahu menaik taraf kemudahan sukan tersebut, pelbagai perkara perlu ditambah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan," katanya.

 

Pelajar, Bakht Rahim Abdul Hakim, 17, berkata, jika gelanggang sukan lasak di Dataran Banting dimusnahkan, satu mercu tanda Dataran Banting akan hilang kerana ia dikenali di seluruh Malaysia.

 

“Seharusnya Dataran Banting boleh diperluaskan kegunaannya di waktu malam seperti fenomena ‘night picnic’ bersama keluarga di Putrajaya, Nilai dan sebagainya selain berkunjung ke Pantai Morib,” katanya kepada Sinar Harian.

 

MDKL bakal tukar imej Dataran Banting

 

Sementara itu, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bakal menukar imej Dataran Banting menjadi pusat sukan yang mempunyai ciri–ciri amalan hidup sihat yang menepati kehendak rakyat selewat–lewatnya akhir tahun ini.

 

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, buat permulaan sekurang-kurangnya peruntukkan sebanyak RM200,000 diperlukan untuk menaik taraf pelbagai kemudahan termasuk trek yang lebih sesuai untuk berjogging dan trek refleksologi khususnya untuk warga emas dan kemudahan sukan untuk remaja seperti gelanggang bola sepak jalanan serta papan luncur.

 

Menurutnya, beliau mengakui kemudahan di situ masih sama dan tiada perubahan sejak 10 tahun lalu dan tiba masanya mereka mahu orang ramai khususnya penduduk Kuala Langat mengamalkan gaya hidup sihat.

 

"Pada masa sama, kita juga akan mohon lampu di kawasan berkenaan bagi membolehkan dataran itu digunakan pada waktu malam.

 

“Kita akan memohon peruntukan khas untuk menaik taraf kemudahan di Dataran Banting ini supaya memenuhi keperluan penduduk sekali gus menjadikan Pekan Banting antara satu–satunya bandar yang menyediakan kemudahan riadah berkenaan.” katanya.

 

Mohd Azhar berkata, sebelum ini, padang yang terdapat di taman perumahan atau di kawasan kampung difahamkan sering digunakan untuk golongan tertentu bermain bola sepak, jadi selepas ini mereka berharap MDKL sendiri dapat sediakan kemudahan itu demi manfaat penduduk.

 

“Kita berharap keperluan ini dapat direalisasikan kerana tiada lokasi lain sesuai untuk komuniti di Banting menjalankan aktiviti  riadah,” katanya.


Kemaskini pada 2015-08-24 11:55:13 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page