Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Gajet jadi sasaran perompak

                                                                                image

 

BANTING, 5 Februari 2014  – Empat sekeluarga di Kampung Kanchong Tengah, Banting, di sini menjadi sasaran sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam.


Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi secara serentak dan jarak tiga lagi rumah yang turut terlibat tidak sampai 500 meter.


Dalam kejadian itu, empat keluarga terbabit sedang nyenyak tidur dan langsung tidak menyedari tingkap rumah mereka diumpil sebelum dipecah masuk.


Seorang mangsa, Lizawati Mohd Tasli, 42, berkata, dia menyedari telefon bimbit jenis Samsung Note II yang dipegangnya hilang selepas bangun dari tidur kira-kira jam 4.30 pagi.


Menurutnya, dia yang terkejut terus melihat sekeliling biliknya dan mendapati dua lagi telefon jenis Iphone 4 dan Samsung Galaxy S1 dan komputer riba yang dicas turut hilang.


“Saya terus periksa tingkap belakang rumah dan mendapati besi tingkap dipotong dan semua peralatan rumah bersepah dipercayai digeledah.


“Di belakang rumah saya juga ada longgokan najis dan saya percaya saya kena pukau sebab sepanjang kejadian itu saya memang tak perasan.


"Dompet yang diletakkan di bawah bantal turut hilang. Saya pasti perompak terbabit mengalihkan bantal ketika saya sedang tidur tapi saya tidak sedar,” katanya yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku di rumahnya.


Bagaimanapun, Lizawati yang tinggal bersama empat anaknya bersyukur kerana mereka tidak berhadapan detik cemas lebih-lebih lagi suaminya tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.


Seorang lagi mangsa, Ramlan Yasir, 54, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan empat anaknya sedang tidur dalam bilik masing-masing.


Menurutnya, anaknya, Razatul Ain, 25, yang tidur lewat turut tidak perasan rumahnya dimasuki perompak.


“Bagaimanapun, saya hanya sedar bila Razatul masuk bilik saya dan tanya ada nampak tak telefon bimbit dia. Tapi dia turut terkejut tengok bilik saya berselerak.


“Saya dalam keadaan mengantuk terkejut melihat suasana rumah menjadi kelam kabut dan segera menjerit mengarahkan anak untuk periksa sekeliling rumah dan mendapati lebih lima telefon bimbit, dengan anggaran kerugian sebanyak RM5,000 termasuk sebuah kamera dan wang tunai hilang,” katanya.


Ramlan turut berharap polis dapat meningkatkan rondaan terutama selepas jam 1 pagi kerana kes seumpama ini mungkin berlaku pada awal pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.


Tinjauan Sinar Harian ke rumah mangsa terlibat mendapati terdapat kesan tapak tangan dan kaki di dinding rumah mangsa dan dipercayai individu yang memasuki rumah mereka bersaiz kecil berdasarkan keluasan tingkap yang diumpil.

 


Kemaskini pada 2016-05-20 12:18:22 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page